Selasa, 10 Mei 2016

Surah Al-Mulk

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al-Mulk kerana kata Al-Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti 'kerajaan'. Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah Al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: " Sesungguhnya Rasullah saw tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dn surah Al-Mulk."

Kandungan Al-Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, Al-Mulk, yang bermaksud 'kerajaan'. Pada awal surah ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini yang tidak ada cacat celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendaknya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka di mana setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, "Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?". " Ya, tetapi kami mendustakannya". Begitulah respons mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : "Katakanlah(Muhammad), terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

Kelebihan Surah Al-Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

"Sesunggunhnya Rasullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al-Mulk."

Kelebihannya surah Al-Mulk:
- Surah ini akan menjadi penyelamat
- Penegah pembacanya dari seksa kubur
- Berada di bawah naungan sayap malaikat(mendapat rahmat Allah)
- Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf(cantik)
- Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik


Salam pagi Selasa

Assalam followers...aishhh..ada folowers ke?..Terasa lama makcik tak mengomel kat blog ni. Rasanya hampir sebulan kan!! Hari ni dah 3 Syaaban 1437. Syukur alhamdulillah semoga ada rezeki kita semua sambut bulan Ramadhan dengan keadaan yang sihat di mana kita dapat menjalani ibadah puasa. Dan semoga kita dapat mendirikan solat terawih beramai-ramai..Sebelum tu makcik nak kongsikan doa bulan Rejab. Maaflah sebab terlewat syer. Dah masuk bulan Syaaban dah ni...

Image result for doa rejab



Seluruh umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2016 bermula pada tarikh 6 Jun 2016.

Bagaimanapun, tarikh permulaan berpuasa itu masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan besar Raja-Raja yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.


Tarikh Puasa Ramadhan 2016 Malaysia