Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Sekian lama dah mama tak update blog kan. Pagi ni tergerak nak meng update..Pagi ni mama nak cerita tentang umrah. Kali ni umrah yang istimewa. Umrah untuk pesakit dialisis.Kita selalu dengar pesanan agar jaga kesihatan di Tanah Suci sebelum melangkah untuk menunaikan umrah. Tidak kurang juga pesanan yang meminta agar tidak lupa makan ubat-ubatan jika sudah ada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.
Jika penyakit sedia ada dan dibekalkan ubat-ubatan, Insha Allah jemaah tidak perlu risau dan gusar tetapi bagaimana pula di kalangan mereka yang perlu menjalani rawatan dialisis ketika di Tanah Suci Makkah atau Madinah?
Pelbagai persoalan timbul di fikiran mereka kerana bimbang tidak dapat menjalani rawatan dialisis jika menjadi tetamu Allah. Segala persoalan ini juga sekali gus membantutkan usaha mereka untuk beribadat di Tanah Suci.
Minggu yang sudah mama sempatlah menghubungi Andalusia Travel untuk menanyakan tentang umrah istimewa ni. Syukur Alhamdulillah kerana Andalusia ada menyediakan pakej umrah untuk pesakit dialisis. Senang hati mama. Sekurang-kurangnya mama ada peluang untuk menjejakkan Tanah Suci Makkah dan Madinah nanti bersama suami kesayangan.
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
Bacalah doa ini dengan penuh Tawwadu dalam situasi yang khusyu. Selain itu ada beberapa waktu yang boleh untuk memanjatkan doa tersebut. Antaranya:
1. Saat Sepertiga Malam
Waktu ini adalah waktu yang baik untuk memanjatkan doa. Salah satunya adalah hadist riwayat Bukhari dan Muslim: Rasullah saw bersabda : "Allah turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu 1/3 malam terakhir seraya berfirman, " Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepadaKu nescaya akan Aku berikan dan siapa yang memohon ampun kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni."(HR. Bukhari dan Muslim)
Bilakah waktunya saat sepertiga malam? Waktu tersebut mulai sekitar pukul 1 pagi.
2. Memanjatkan doa selepas solat fardhu 5 waktu
Kita tahu bahawa doa selepas solat fardhu adalah wajib hukumnya. Alhamdulillah rupanya ada Hadist riwayat at-Trimidzi yang mengatakan. Dari Abu Umamah, dia berkata, "Rasullah saw ditanya; wahai Rasullah, doa apakah yang paling didengar? Beliau berkata: " Doa di tengah malam terakhir, serta setelah solat-solat wajib." (HR. at-Tirmidzi)
3. Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah salah satu hari yang diutamakan dalam agama. Hal ini dijelaskan pada Hadist Riwayat
Hari Jumaat adalah salah satu hari yang diutamakan dalam agama. Hal ini dijelaskan pada Hadist Riwayat
Bukhari : Rasullah saw menuturkan perihal hari Jumaat lalu bersabda : " Di dalamnya terdapat waktu.
Jikalau seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta." Lalu baginda
mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut."
Semoga ada rezeki untuk makcik dan suami kesayangan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Dan semoga kami berdua dikurniakan kesihatan yang baik nanti. Amin...