Jumaat, 26 Februari 2016

Aku & dialisis


Hari ni Jumaat.Time makcik buat dialisis.Ingatkan selepas ambil anak dari hostel terus ke hospital.Selepas mandi makcik terusla ke sana.Hampa bila tiba disana ramai patient belum sudah.Rupa-rupanya mesin dialisis problem dari pagi..terpaksalah makcik menunggu.Tapi oklah sebab makcik boleh layan sekejap team qu putih main bola...

Mengaji




Pagi Jumaat ni, jabatan ada anjurkan kelas mengaji.Syoknya..!!Lama makcik tak belajar mengaji.Takut-takut selama ni makcik mengaji ada salah tajwid.Sebenarnya makcik mc lagi sbb demam dan cherry berry tak berapa nak baik lagi.Tapi semangat nak belajar mengaji makcik datang juga ke pejabat.
Inilah ustaz yang mengajar makcik dan kawan belajar mengaji.Baca Al-Fatihah pun banyak yang silap tajwidnya.Bila Ustaz suruh baca sorang-sorang semua nervous!!Hahaha...

Inilah suasana ketika makcik dan kawan-kawan mengaji di surau.Semoga minggu hadapan kita dapat mengaji lagi ye..

Rabu, 24 Februari 2016

Umrah

Kakak kesayangan dan abang ipar menunaikan umrah 15 Februari 2016.Alhamdulillah kali ni kakak@ Mak Jijah dapat menunaikan umrah kali kedua bersama suami.Semoga makcik dan En.Abang dapat panggilan ke rumah Allah akan datang.Semoga Allah beri peluang kepada kami sekeluarga.Insha Allah.I love you Mak Jijah!!

Sunset


Tu gambar ketika makcik dan anak-anak makcik kat Masjid Selat Melaka.Waktu-waktu senja tengok matahari terbenam.Sunset gitu..cantik sangat.Terpesona.Alang-alang dah nak masuk waktu magrib,makcik dan anak-anak terus berjemaah di situ.Kebanyakkannya jemaah org luar Melaka.Best!!

Sedekah

Doa malaikat itu doa yang mustajab. Di antara doanya, makaikat akan mendoakan yang memperhatikan nafkah keluarga dan gemar sedekah agar mendapatkan ganti dan memperoleh keberkahan.
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebangkrutan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)

Doa Malaikat

Perlu dipahami bahwa doa malaikat adalah doa yang mustajab, benar-benar mudah diijabahi atau dikabulkan.
Doa tersebut ditujukan pada orang yang memperhatikan nafkah.
Ibnu Batthol menyebutkan bahwa yang dimaksud adalah mengeluarkan infak yang wajib seperti nafkah untuk keluarga dan nafkah untuk menjalin hubungan kekerabatan (silaturahim).
Doa malaikat itu mudah terkabul –kata Ibnu Batthol- dalilnya adalah berikut ini,
فَمَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Siapa yang bacaan aminnya itu seiringan dengan amin malaikat, maka dosanya yang lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 6402)

Mengeluarkan Nafkah dan Rajin Sedekah Akan Diganti

Adapun dikatakan dalam hadits bahwa orang yang rajin bersedekah atau berinfak dan yang dimaksudkan adalah seperti kata Ibnu Batthol di atas, maka Allah akan memberi ganti padanya.
Berarti siapa yang beri nafkah pada keluarga, pada kerabat, dan rajin pula mengeluarkan sedekah sunnah, maka malaikat akan mendoakan supaya orang tersebut mendapatkan ganti. Hal ini serupa seperti yang disebutkan dalam ayat Al Qur’an,
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya” (QS. Saba’: 39). Maksud ayat, siapa saja yang mengeluarkan nafkah dalam ketaatan pada Allah, maka akan diberi ganti.
Dalam hadits qudsi dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ
Allah Tabaraka wa Ta’ala: Wahai anak Adam, berinfaklah, Allah akan mengganti infakmu.” (HR. Bukhari no. 4684 dan Muslim no. 993)

Enggan Menunaikan Nafkah dan Enggan Sedekah

Sebagaimana disebutkan oleh Imam Nawawi rahimahullah ketika menjelaskan hadits doa malaikat di atas dalam Syarh Shahih Muslim,
قَالَ الْعُلَمَاء : هَذَا فِي الْإِنْفَاق فِي الطَّاعَات وَمَكَارِم الْأَخْلَاق وَعَلَى الْعِيَال وَالضِّيفَان وَالصَّدَقَات وَنَحْو ذَلِكَ ، بِحَيْثُ لَا يُذَمُّ وَلَا يُسَمَّى سَرَفًا ، وَالْإِمْسَاك الْمَذْمُوم هُوَ الْإِمْسَاك عَنْ هَذَا .
“Para ulama menyatakan bahwa infak yang dimaksud adalah infak dalam ketaatan, infak untuk menunjukkan akhlak yang mulia, infak pada keluarga, infak pada orang-orang yang lemah, serta lainnya. Selama infak tersebut tidaklah berlebihan, alias boros.
Adapun enggan berinfak yaitu enggan mengeluarkan untuk nafkah dan semisal itu.”
Hadits yang kita kaji menunjukkan keutamaan orang yang memperhatikan nafkah pada keluarga dengan baik, juga pujian bagi orang yang rajin sedekah. Sedangkan yang enggan memberikan nafkah kepada keluarga mendapatkan doa jelek dari malaikat, yaitu didoakan kebangkrutan atau kehancuran.
Semoga kita bisa memperhatikan kewajiban dalam hal menunaikan nafkah dan terus gemar sedekah.
Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.

Jusco-Lamb chop


Selamat pagi semua..Pagi ni makcik nak cerita tentang menu masakan makcik semalam.Selepas waktu pejabat,makcik gagahkan diri mencari barang-barang dapur sikit di AEON Bandaraya Melaka.Kalau org Melaka dorang panggil Jusco baru.Jusco lama ada di Ayer Keroh nun haaa..



Alhamdulillah.Akhirnya makcik dapatlah apa yang makcik senaraikan dalam list barang-barang yang patut dibeli.Oklah tu kan.Walaupun sebenarnya tidak lengkap lagi tu.Cer teka berapakah jumlah harga barangan di dalam troli tersebut?Sikit macam tu pun dah hampir 100 hengget..Oh!Malaysiaku....Oleh kerana benda-benda tu semua makcik nak guna dan malas nak ke pasaraya lain,makcik pejamkan mata saja..:)


Aishhh..kenapalah gambar ni tak boleh nak adjust.Tapi janji nampak kira orait la kan.Anak makcik teringin nak makan lamb katanya.Makcik pun belilah 3 keping lamb ni.Ermmm..yang dimakannya setengah keping je.Akhirnya lagi 2 keping bawalah ke pejabat.Sedekah pada kawan yang memang hantu kambing.


Selasa, 23 Februari 2016

USS

Jam dah menunjukkan pukul 5.00 petang.Makcik terasa rindu pula pada trip dolu-dolu.Yolah...dulu makcik kuat dan sihat.Pantang ada trip je kompem nak ikut.Sekarang ni pun sihat Alhamdulillah.Cuma kalau nak g trip tu berpada-pada.Tak boleh nak lama-lama.Huhuhu...
 USS Singapore

Tahniah!!!

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..Hari ini makcik dah berjaya cipta blog sendiri.Nak jadikan kisahnya,hari ni mood makcik teringin nak menjahit.Pagi-pagi lagi dah survey rege mesin jahit.Tanya juga pada officemate pasal mesin jahit mana yang tip top.Setelah tolak campur bahagi darab akhirnya makcik ambil keputusan untuk membeli mesin jahit jenama Brother JS2700.Regenya boleh tahan.Harap-harap niat murni makcik ni untuk menjahit akan berkekalan.Almaklumle..mood ni macam-macam kannn...
Inilah idaman hatiku...