Rabu, 24 Februari 2016

Jusco-Lamb chop


Selamat pagi semua..Pagi ni makcik nak cerita tentang menu masakan makcik semalam.Selepas waktu pejabat,makcik gagahkan diri mencari barang-barang dapur sikit di AEON Bandaraya Melaka.Kalau org Melaka dorang panggil Jusco baru.Jusco lama ada di Ayer Keroh nun haaa..



Alhamdulillah.Akhirnya makcik dapatlah apa yang makcik senaraikan dalam list barang-barang yang patut dibeli.Oklah tu kan.Walaupun sebenarnya tidak lengkap lagi tu.Cer teka berapakah jumlah harga barangan di dalam troli tersebut?Sikit macam tu pun dah hampir 100 hengget..Oh!Malaysiaku....Oleh kerana benda-benda tu semua makcik nak guna dan malas nak ke pasaraya lain,makcik pejamkan mata saja..:)


Aishhh..kenapalah gambar ni tak boleh nak adjust.Tapi janji nampak kira orait la kan.Anak makcik teringin nak makan lamb katanya.Makcik pun belilah 3 keping lamb ni.Ermmm..yang dimakannya setengah keping je.Akhirnya lagi 2 keping bawalah ke pejabat.Sedekah pada kawan yang memang hantu kambing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan