Jumaat, 23 Disember 2016

JUMAAT DAN AL-KHAFI

10 ayat surah Al-Kahfi (Untuk mohon perlindungan Allah SWT daripada fitnah dajal)
Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang menghafal 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah dajjal"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafie.

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat  terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda RA dari Nabi berkata : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh  ayat pertama dari surah Al-Kahfi  terjaga dari fitnah Dajjal."(HR. Muslim, Abu dawud, Nasai, Tirmidzi)

10 ayat pertama Surah Al-Kahfi

10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi

Rasullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah:



Maksudnya : " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api neraka Jahannam dan dari seksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal."

Khamis, 22 Disember 2016

ANDALUSIA PAKEJ TERBAIK

Assalamualaikum...Tenggelam timbul tenggelam timbul mama ni..Alhamdulillah petang hari yang nyaman dingin sejuk ni mama berkesempatan juga taip dlm blog ni. Bukannya apa..blog ni pun seolah-olah macam diari. Diari alaf baru. Ingat tak tu hari mama ada taip tentang umrah? Seminggu mama dan suami berbincang tentang pakej mana nak ikut. Bincang punya bicang, akhirnya kami sebulat suara nak pakai pakej Andalusia. Antara salah satu sebab pilih Travel Andalusia ni kerana inilah satu-satunya travel agensi yang menyediakan pakej untuk pesakit dialisis. Mama berdoa sangat-sangat semoga hasrat mama untuk menunaikan umrah dimakbulkan Allah. Insha Allah..



Image result for andalusia travel and tours

Akhirnya 19 Disember 2016 mama booking untuk penerbangan mama bersama en.suami dan anak sulung mama Irdina Sofea. RM300 untuk satu kepala. Macam-macam perasaan mama masa duduk menghadap pegawai Andalusia tu. Macam tak percaya je yang mama nak menunaikan umrah. Sedih, takut, sayu, gembira semua ada. Allah Akhbar!!!Perancangan mama untuk  ambil Pakej Sambut Awal Ramadhan dari 21 Mei 2017 sehingga 1 Jun 2017 selama 12 hari 10 malam. Harga setakat ni RM6290. Semoga tiada harga tersembunyi dan tersorok..heehee..
Memandangkan penerbangan ke tanah suci pada bulan Mei, maknanya mama ada dalam 5 bulan saja untuk belajar dan memahami apa itu UMRAH. Bolehlah mama baca buku panduan menunaikan UMRAH yang ditulis sendiri oleh Pengerusi Eksekutif syarika Andalusia sendiri iaitu Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Memang menarik. Mudah untuk difahami. Inilah bukunya..



Image result for buku panduan andalusia travel and tours 2017

Bila-bila ada masa, mama capai buku ni. Baca..baca dan baca..sampai faham. Memandangkan ini adalah umrah pertama mama, umrah ini adalah yang penting dalam hidup mama. Seperti menunaikan Haji. Ya Allah semoga segala urusan kami semua dipermudahkan oleh Mu ..Aminnn..