Akhirnya 19 Disember 2016 mama booking untuk penerbangan mama bersama en.suami dan anak sulung mama Irdina Sofea. RM300 untuk satu kepala. Macam-macam perasaan mama masa duduk menghadap pegawai Andalusia tu. Macam tak percaya je yang mama nak menunaikan umrah. Sedih, takut, sayu, gembira semua ada. Allah Akhbar!!!Perancangan mama untuk ambil Pakej Sambut Awal Ramadhan dari 21 Mei 2017 sehingga 1 Jun 2017 selama 12 hari 10 malam. Harga setakat ni RM6290. Semoga tiada harga tersembunyi dan tersorok..heehee..
Memandangkan penerbangan ke tanah suci pada bulan Mei, maknanya mama ada dalam 5 bulan saja untuk belajar dan memahami apa itu UMRAH. Bolehlah mama baca buku panduan menunaikan UMRAH yang ditulis sendiri oleh Pengerusi Eksekutif syarika Andalusia sendiri iaitu Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Memang menarik. Mudah untuk difahami. Inilah bukunya..

Bila-bila ada masa, mama capai buku ni. Baca..baca dan baca..sampai faham. Memandangkan ini adalah umrah pertama mama, umrah ini adalah yang penting dalam hidup mama. Seperti menunaikan Haji. Ya Allah semoga segala urusan kami semua dipermudahkan oleh Mu ..Aminnn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan