Jumaat, 23 Disember 2016

JUMAAT DAN AL-KHAFI

10 ayat surah Al-Kahfi (Untuk mohon perlindungan Allah SWT daripada fitnah dajal)
Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang menghafal 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah dajjal"
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafie.

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat  terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda RA dari Nabi berkata : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh  ayat pertama dari surah Al-Kahfi  terjaga dari fitnah Dajjal."(HR. Muslim, Abu dawud, Nasai, Tirmidzi)

10 ayat pertama Surah Al-Kahfi

10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi

Rasullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah:



Maksudnya : " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api neraka Jahannam dan dari seksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal."

Khamis, 22 Disember 2016

ANDALUSIA PAKEJ TERBAIK

Assalamualaikum...Tenggelam timbul tenggelam timbul mama ni..Alhamdulillah petang hari yang nyaman dingin sejuk ni mama berkesempatan juga taip dlm blog ni. Bukannya apa..blog ni pun seolah-olah macam diari. Diari alaf baru. Ingat tak tu hari mama ada taip tentang umrah? Seminggu mama dan suami berbincang tentang pakej mana nak ikut. Bincang punya bicang, akhirnya kami sebulat suara nak pakai pakej Andalusia. Antara salah satu sebab pilih Travel Andalusia ni kerana inilah satu-satunya travel agensi yang menyediakan pakej untuk pesakit dialisis. Mama berdoa sangat-sangat semoga hasrat mama untuk menunaikan umrah dimakbulkan Allah. Insha Allah..



Image result for andalusia travel and tours

Akhirnya 19 Disember 2016 mama booking untuk penerbangan mama bersama en.suami dan anak sulung mama Irdina Sofea. RM300 untuk satu kepala. Macam-macam perasaan mama masa duduk menghadap pegawai Andalusia tu. Macam tak percaya je yang mama nak menunaikan umrah. Sedih, takut, sayu, gembira semua ada. Allah Akhbar!!!Perancangan mama untuk  ambil Pakej Sambut Awal Ramadhan dari 21 Mei 2017 sehingga 1 Jun 2017 selama 12 hari 10 malam. Harga setakat ni RM6290. Semoga tiada harga tersembunyi dan tersorok..heehee..
Memandangkan penerbangan ke tanah suci pada bulan Mei, maknanya mama ada dalam 5 bulan saja untuk belajar dan memahami apa itu UMRAH. Bolehlah mama baca buku panduan menunaikan UMRAH yang ditulis sendiri oleh Pengerusi Eksekutif syarika Andalusia sendiri iaitu Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Memang menarik. Mudah untuk difahami. Inilah bukunya..



Image result for buku panduan andalusia travel and tours 2017

Bila-bila ada masa, mama capai buku ni. Baca..baca dan baca..sampai faham. Memandangkan ini adalah umrah pertama mama, umrah ini adalah yang penting dalam hidup mama. Seperti menunaikan Haji. Ya Allah semoga segala urusan kami semua dipermudahkan oleh Mu ..Aminnn..

Rabu, 23 November 2016

UMRAH DAN MAMA..


Image result for doa agar dapat pergi umrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Sekian lama dah mama tak update blog kan. Pagi ni tergerak nak meng update..Pagi ni mama nak cerita tentang umrah. Kali ni umrah yang istimewa. Umrah untuk pesakit dialisis.Kita selalu dengar pesanan agar jaga kesihatan di Tanah Suci sebelum melangkah untuk menunaikan umrah. Tidak kurang juga pesanan yang meminta agar tidak lupa makan ubat-ubatan jika sudah ada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.

Jika penyakit sedia ada dan dibekalkan ubat-ubatan, Insha Allah jemaah tidak perlu risau dan gusar tetapi bagaimana pula di kalangan mereka yang perlu menjalani rawatan dialisis ketika di Tanah Suci Makkah atau Madinah?

Pelbagai persoalan timbul di fikiran mereka kerana bimbang tidak dapat menjalani rawatan dialisis jika menjadi tetamu Allah. Segala persoalan ini juga sekali gus membantutkan usaha mereka untuk beribadat di Tanah Suci.

Minggu yang sudah mama sempatlah menghubungi Andalusia Travel untuk menanyakan tentang umrah istimewa  ni. Syukur Alhamdulillah kerana Andalusia ada menyediakan pakej umrah untuk pesakit dialisis. Senang hati mama. Sekurang-kurangnya mama ada peluang untuk menjejakkan Tanah Suci Makkah dan Madinah nanti bersama suami kesayangan.

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Bacalah  doa ini dengan penuh Tawwadu dalam situasi yang khusyu. Selain itu ada beberapa waktu yang boleh untuk memanjatkan doa tersebut. Antaranya:

1. Saat Sepertiga Malam
Waktu ini adalah waktu yang baik untuk memanjatkan doa. Salah satunya adalah hadist riwayat Bukhari   dan Muslim: Rasullah saw bersabda : "Allah turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu 1/3 malam   terakhir seraya berfirman, " Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepadaKu nescaya  akan Aku berikan dan siapa yang memohon ampun kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni."(HR. Bukhari dan Muslim)
Bilakah waktunya saat sepertiga malam? Waktu tersebut mulai sekitar pukul 1 pagi.

2. Memanjatkan doa selepas solat  fardhu 5 waktu
Kita tahu bahawa doa selepas solat fardhu adalah wajib hukumnya. Alhamdulillah rupanya ada Hadist   riwayat at-Trimidzi yang mengatakan. Dari Abu Umamah, dia berkata, "Rasullah saw ditanya; wahai Rasullah, doa apakah yang paling didengar? Beliau berkata: " Doa di tengah malam terakhir, serta setelah solat-solat wajib." (HR. at-Tirmidzi)

3. Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah salah satu hari yang diutamakan dalam agama. Hal ini dijelaskan pada Hadist Riwayat 
Bukhari : Rasullah saw menuturkan perihal hari Jumaat lalu  bersabda : " Di dalamnya terdapat waktu. 
Jikalau seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta." Lalu baginda 
mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut."

Semoga ada rezeki untuk makcik dan suami kesayangan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Dan semoga kami berdua dikurniakan kesihatan yang baik nanti. Amin...

Selasa, 10 Mei 2016

Surah Al-Mulk

  بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

 Ø§Ù„سلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al-Mulk kerana kata Al-Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti 'kerajaan'. Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah Al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: " Sesungguhnya Rasullah saw tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dn surah Al-Mulk."

Kandungan Al-Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, Al-Mulk, yang bermaksud 'kerajaan'. Pada awal surah ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini yang tidak ada cacat celanya.

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendaknya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka di mana setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, "Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?". " Ya, tetapi kami mendustakannya". Begitulah respons mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : "Katakanlah(Muhammad), terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

Kelebihan Surah Al-Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

"Sesunggunhnya Rasullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al-Mulk."

Kelebihannya surah Al-Mulk:
- Surah ini akan menjadi penyelamat
- Penegah pembacanya dari seksa kubur
- Berada di bawah naungan sayap malaikat(mendapat rahmat Allah)
- Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf(cantik)
- Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik


Salam pagi Selasa

Assalam followers...aishhh..ada folowers ke?..Terasa lama makcik tak mengomel kat blog ni. Rasanya hampir sebulan kan!! Hari ni dah 3 Syaaban 1437. Syukur alhamdulillah semoga ada rezeki kita semua sambut bulan Ramadhan dengan keadaan yang sihat di mana kita dapat menjalani ibadah puasa. Dan semoga kita dapat mendirikan solat terawih beramai-ramai..Sebelum tu makcik nak kongsikan doa bulan Rejab. Maaflah sebab terlewat syer. Dah masuk bulan Syaaban dah ni...

Image result for doa rejab



Seluruh umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2016 bermula pada tarikh 6 Jun 2016.

Bagaimanapun, tarikh permulaan berpuasa itu masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan besar Raja-Raja yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti.


Tarikh Puasa Ramadhan 2016 Malaysia

Rabu, 30 Mac 2016

Mudahnya nak panjangkan rezeki...

Menabung sudah, berjimat sudah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan rezeki sentiasa ada dan tidak putus. Anda perlu 'tilik' perlakuan dan muhasabah diri. Apa yang anda lalai selama ini akan mengundangkan kepada kesempitan rezeki daripada Allah SWT.


Bukanlah niat untuk menakutkan tapi sebagai hambaNya anda tidak boleh lupa kepada Si Pencipta. Antara tip mudah untuk panjangkan rezeki, anda boleh semak sini...



1. Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Bagi mereka yang meninggalkan solat balasannya sudah dijanjikan di akhirat kelak. Ada yang sentiasa diberikan kesusahan, disempitkan rezeki, berasa tidak tenang dan sebagainya. Bagi mendapat rezeki yang berterusan, dirikan solat dan jagalah tiang agama. Insya-Allah keberkatan itu akan datang. Walaupun sedikit yang kita dapat, anda akan rasa cukup!


2. Sombong Dengan Kata-kata
Jangan sombong dengan kejahilan diri sendiri. Sedar diri sentiasa agar mensyukuri nikmat Allah. Sewenang-wenangnya meninggalkan suruhan Allah dan angkuh menambah kejahilan diri. Jangan tambah jahil yang ada. Lagipun ujian Allah tidak pernah mengira waktu dan tempat.


3. Bakhil
Sifat bakhil ini adalah kerana tamak. Tamak dengan harta dan nikmat yang Allah berikan. Terdetik di dalam hati andai dikongsi rezeki yang ada dengan orang lain takut diri sendiri tidak mencukupi itu adalah sifat bakhil yang akan menyempitkan hati dan rezeki. Elakkan rasa bakhil agar Allah melapangkan rezeki.


4. Penyayang
Penyayang ini bukan sahaja kepada ahli keluarga malahan kepada orang lain terutama anak yatim dan haiwan. Anda akan sentiasa mendapat doa daripada malaikat dan para haiwan yang dibuat baik oleh mereka. Insya-Allah rezeki juga akan berpanjangan.


5. Beri Haiwan Makan

Pernah dengar orang tua-tua sentiasa memuliakan kucing dan sentiasa memberikan kucing makanan. Kucing binatang kesayangan Rasulullah s.a.w. dan apa salahnya kongsi rezeki dengan haiwan yang singgah ke rumah. Paling senang, waktu sedap menjamu selra, tetiba ada kucing cium kaki. Ya, itu petanda paling mudah yang rezeki anda patut dikongsi.


Bukan payah nak buka pintu-pintu rezeki, semuanya terpulang pada diri sendiri. Moga permulaan hidup anda akan lebih indah untuk pungut rezeki setiap hari.

Rabu, 23 Mac 2016

Mee sanggul

Semalam makcik dapat mee sanggul dari mantan bos makcik. Katanya mee sanggul ni enak digoreng untuk sarapan pagi. Ehhh...petang hari pun boleh saja. Hehehe...Makcik dah sekodeng dulu dah resepi untuk mee sanggul ni. Resepinya memang menarik,tertarik ko memang debommmm..


Bahan A

1 bungkus mee sanggul - (selalunya ada dalam 5 gulung)

200gm udang, sotong atau ayam - saya gunakan sotong

1 sudu besar kicap pekat 

2 sudu besar kicap cair 

1 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar kicap manis - saya guna cap kipas udang
sedikit serbuk perasa - jika suka 
daun kucai /daun bawang secukupnya

Bahan B - Kisar 
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili besar (Boleh gantikan dengan cili kering - rendam untuk melembutkannya)
3 tangkai cili padi 
segenggam ikan bilis - yang telah di kopek 
1/2 cawan sos cili 
1/2 cawan air 

Nanti makcik upload gambar ye bila dah siap masak..kali ni baru jengah-jengah resepi.Sonang keje makcik...