Mudahnya nak panjangkan rezeki...
Menabung sudah, berjimat sudah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan rezeki sentiasa ada dan tidak putus. Anda perlu 'tilik' perlakuan dan muhasabah diri. Apa yang anda lalai selama ini akan mengundangkan kepada kesempitan rezeki daripada Allah SWT.
Bukanlah niat untuk menakutkan tapi sebagai hambaNya anda tidak boleh lupa kepada Si Pencipta. Antara tip mudah untuk panjangkan rezeki, anda boleh semak sini...
1. Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Bagi mereka yang meninggalkan solat balasannya sudah dijanjikan di akhirat kelak. Ada yang sentiasa diberikan kesusahan, disempitkan rezeki, berasa tidak tenang dan sebagainya. Bagi mendapat rezeki yang berterusan, dirikan solat dan jagalah tiang agama. Insya-Allah keberkatan itu akan datang. Walaupun sedikit yang kita dapat, anda akan rasa cukup!
2. Sombong Dengan Kata-kata
Jangan sombong dengan kejahilan diri sendiri. Sedar diri sentiasa agar mensyukuri nikmat Allah. Sewenang-wenangnya meninggalkan suruhan Allah dan angkuh menambah kejahilan diri. Jangan tambah jahil yang ada. Lagipun ujian Allah tidak pernah mengira waktu dan tempat.
3. Bakhil
Sifat bakhil ini adalah kerana tamak. Tamak dengan harta dan nikmat yang Allah berikan. Terdetik di dalam hati andai dikongsi rezeki yang ada dengan orang lain takut diri sendiri tidak mencukupi itu adalah sifat bakhil yang akan menyempitkan hati dan rezeki. Elakkan rasa bakhil agar Allah melapangkan rezeki.
4. Penyayang
Penyayang ini bukan sahaja kepada ahli keluarga malahan kepada orang lain terutama anak yatim dan haiwan. Anda akan sentiasa mendapat doa daripada malaikat dan para haiwan yang dibuat baik oleh mereka. Insya-Allah rezeki juga akan berpanjangan.
5. Beri Haiwan Makan
Pernah dengar orang tua-tua sentiasa memuliakan kucing dan sentiasa memberikan kucing makanan. Kucing binatang kesayangan Rasulullah s.a.w. dan apa salahnya kongsi rezeki dengan haiwan yang singgah ke rumah. Paling senang, waktu sedap menjamu selra, tetiba ada kucing cium kaki. Ya, itu petanda paling mudah yang rezeki anda patut dikongsi.
Bukan payah nak buka pintu-pintu rezeki, semuanya terpulang pada diri sendiri. Moga permulaan hidup anda akan lebih indah untuk pungut rezeki setiap hari.
Ya, Allah.. Kami bersyukur kepadaMu kerana masih memberi kami peluang hari ini untuk memperbaiki diri kami, jangan biarkan diri kami mengulangi kesilapan semalam dan bantulah kami menjadi hamba-Mu yang lebih baik...
Rabu, 30 Mac 2016
Rabu, 23 Mac 2016
Mee sanggul
Semalam makcik dapat mee sanggul dari mantan bos makcik. Katanya mee sanggul ni enak digoreng untuk sarapan pagi. Ehhh...petang hari pun boleh saja. Hehehe...Makcik dah sekodeng dulu dah resepi untuk mee sanggul ni. Resepinya memang menarik,tertarik ko memang debommmm..
Bahan A
1 bungkus mee sanggul - (selalunya ada dalam 5 gulung)
200gm udang, sotong atau ayam - saya gunakan sotong
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar kicap manis - saya guna cap kipas udang
sedikit serbuk perasa - jika suka
daun kucai /daun bawang secukupnya
Bahan B - Kisar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili besar (Boleh gantikan dengan cili kering - rendam untuk melembutkannya)
3 tangkai cili padi
segenggam ikan bilis - yang telah di kopek
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
Nanti makcik upload gambar ye bila dah siap masak..kali ni baru jengah-jengah resepi.Sonang keje makcik...
Udang pengantin
Assalamualaikum...Entry kali ni makcik nak cerita pasal udang. Bos makcik ada jual udang pengantin ni. Kawan-kawan order makcik pun sama lorat nak order. Konon nak order setengah kilo aje. Tapi sorry yea..setengah kilo tak jual. Paling minima 1 kilo. Makcik pun order le sekilo. 45 hinggit. Bolehla sesekali nak melayan tekak ni. Balik sampai rumah makcik xcited cerita pada en.hubby pasal udang ni..At last dia cakap, daddy tak makan udanglah mummy...huhuhu...abih tu sapo nak makan udang ni..Makcik paksalah anak-anak makcik makan..Makan!!Makan!!haahaha...
Selasa, 22 Mac 2016
Tanam Pokok Mangga
Assalamualaikum...nampak rajin tak hero-hero di atas tu? Antara aktiviti di hujung minggu en.hubby bersama anak bujang. Kalau sedang bersemangatkan tak kiralah cuaca tu panas ke hujan ke ribut. Kalau nak time tu la dia nak jugak. Untuk pengetahuan, hero-hero makcik tu tanam pokok mangga dari Perlis Indera Kayangan. Jauhkan. Pokok ni hadiah dari abang ipar En. Saad bin Baba. Ingatkan pokok mangga tu dah mati. Tapi anak bujang makcik rajin siram pokok ni hari-hari. Alhamdulillah..lama-lama tunas pokok mangga ni mula tumbuh...yeeahaaa..ada rezeki 2,3 tahun lagi merasalah makcik petik mangga king tu.
Isnin, 21 Mac 2016
Maps ke Legoland JB
Assalamualaikum...Hari ni makcik nak berkongsi dengan uols semua peta ke Legoland JB. Kenapa? Sebabnya destinasi ni antara tempat yang anak-anak makcik request untuk pergi. InshaAllah perancangannya pada cuti umum Bandaraya Melaka Bersejarah pada 15 Mac 2016(Jumaat). Lagipun bulan April ni jatuhnya hari ulangtahun perkahwinan makcik yang ke 14 tahun dan ulangtahun puteri sulung makcik yang ke 13 tahun...
Okkay..ini adalah peta ke Legoland dari Melaka ke Legoland.
Ke Legoland dari Utara
-Bagi yang datang dari utara seperti KL,Selangor,Melaka dan N9 ambil Lebuhraya Utara Selatan.Terus pandu hingga ke selatan dengan menggunakan lebuhraya utara selatan.
-Korang sebenarnya ada 4 pilihan jalan hubungan untuk ke tempat menarik Legoland Nusajaya ni. Di sini ada senarai pilihan satu-satu yang mana semuanya perlu diakses dengan lebuhraya utara selatan:
Route 1: Exit tol Senai Utara-ikut signboard Nusajaya akan membawa anda ke Legoland(via Second-Link Highway)
Route 2: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk ke interchange Taman Tun Aminah dan ambil Jalan Gelang Patah.
Route 3: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Taman Perling-Pasir Gudang, ikut signboard Nusajaya-Legoland.
Route 4: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Danga ke Nusajaya/Kota Iskandar-Legoland(via lebuhraya pesisir pantai-kota iskandar)Juga akan melepasi exit Bukit Indah di mana di sini terletaknya perbandaran Pusat Bandar Bukit Indah yang mempunyai Jusco, Tesco dan Giant(3.5km ke Legoland)
Banyak-banyak jalan yang paling mudah ke Legoland bolehlah pilih route 1 di atas iaitu dengan terus ke Legoland Nusajaya atau route 4. Jika hendak ke bandaraya JB dulu bolehlah ambil route 4 sebab cuma 20 minit dribe dari bandaraya JB ke Legoland.
InshaAllah ada rezeki sampailah makcik sekeluarga ke LEGOLAND..Yeeeahhhh....!!
Okkay..ini adalah peta ke Legoland dari Melaka ke Legoland.
Ke Legoland dari Utara
-Bagi yang datang dari utara seperti KL,Selangor,Melaka dan N9 ambil Lebuhraya Utara Selatan.Terus pandu hingga ke selatan dengan menggunakan lebuhraya utara selatan.
-Korang sebenarnya ada 4 pilihan jalan hubungan untuk ke tempat menarik Legoland Nusajaya ni. Di sini ada senarai pilihan satu-satu yang mana semuanya perlu diakses dengan lebuhraya utara selatan:
Route 1: Exit tol Senai Utara-ikut signboard Nusajaya akan membawa anda ke Legoland(via Second-Link Highway)
Route 2: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk ke interchange Taman Tun Aminah dan ambil Jalan Gelang Patah.
Route 3: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Taman Perling-Pasir Gudang, ikut signboard Nusajaya-Legoland.
Route 4: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Danga ke Nusajaya/Kota Iskandar-Legoland(via lebuhraya pesisir pantai-kota iskandar)Juga akan melepasi exit Bukit Indah di mana di sini terletaknya perbandaran Pusat Bandar Bukit Indah yang mempunyai Jusco, Tesco dan Giant(3.5km ke Legoland)
Banyak-banyak jalan yang paling mudah ke Legoland bolehlah pilih route 1 di atas iaitu dengan terus ke Legoland Nusajaya atau route 4. Jika hendak ke bandaraya JB dulu bolehlah ambil route 4 sebab cuma 20 minit dribe dari bandaraya JB ke Legoland.
InshaAllah ada rezeki sampailah makcik sekeluarga ke LEGOLAND..Yeeeahhhh....!!
Jumaat, 18 Mac 2016
Makan..minum..makan..minum
Selepas mengaji kompem laparkan. Pukul 10 pagi baru makcik dapat isi perut. Hari ni macam biasa makcik dan kawan pejabat buat potluck lagi. Memang setiap Jumaat selepas mengaji inilah agenda kami. Alhamdulillah..setiap minggu macam-macam menu yang ada. Eksperimen masakan. Yang tak pernah cuba masak semuanya dicubanya. Haha...
Khamis, 17 Mac 2016
Kejutan Untuk En.Hubby
Assalammualaikum semua..Gambar atas tu dah terperok seminggu dalam genggaman makcik. Nak upload asyiklah tak berkesempatan. Hari ni barulah makcik berkesempatan untuk upload. Pada 11 Mac 2016 makcik pakat-pakat dengan Iris Florist & Arrangement untuk agenda mengejutkan hubby di pejabatnya. Yelah kan..tahun lepas makcik tak dapat nak raikan birthday hubby kerana waktu tu makcik tengah sakit. Sedih sangat bila teringatakan pada 11 Mac 2015. Makcik tersandar saja pada dinding. Air mata tu jangan cakaplah. Bengkak-bengkak mata ni asyik menangis mengenangkan nasib diri. Dan oleh itu, tahun ni makcik memang nak buat kejutan pada hubby. Dia banyak memberikan makcik semangat.Dia yang banyak membantu makcik ketika makcik sakit. Kepada suamiku Shamsudin bin Abdul Hamid, selamat menyambut hari lahir yang ke 39 tahun. "I give thanks for the day I met you and you choose me for your wife.So I hope every birthday spent with me is the best one of your life.I love you"..hehehe..sesekali berjiwang ...
Perasan tak mata hubby makcik tu?Air mata dia dah bertakung...hehe..
Rabu, 16 Mac 2016
Bella Daily
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Kenal tak siapa gerangan yang di atas tu?Cantik mempersonakan persis wajahnyakan.Bertambah manis dan jelita Bella Daily selepas pakai hijab. Dan bertambah minat makcik pada Bella Daily ni.I likeeeee.....
Jumaat, 11 Mac 2016
Bubur Pulut Hitam
Alhamdulillah. ..selesai pun makcik masak untuk potluck esok.Menu apa?makcik buat desert bubur pulut hitam je.Mengenangkan pulut hitam ni dah lama bertapa dalam kabinet makcik ni.Pulut hitam ni pun makcik kirim dengan kawan yang balik kampung di Kedah tempoh hari.Dah sampai dia nak balik kampung lagi makcik tak usik- usik pulut hitam ni haaa..Dah selalu sangat buat agar-agar,puding dan jeli.Ini kali kita makan desert bubur pulut hitam ye. .makcik buat 2 periuk tu.Sebabnya rumah makcik tak de periuk besar.Yang ada periuk comel-comel belaka.Tu yang jadi 2 periuk tu.Nanti makcik bagi resepi bubur pulut hitam makcik ni okkay...!
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 6 cawan air, untuk merebus pulut
- 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Cara untuk masak bubur pulut hitam:
- Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan santan cair, garam, gula pasir dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Sebenarnya makcik tak ikut sukatan atas tu. Makcik main agak-agak aje. Kalau buat 1 1/2 cawan pulut hitam tu je kompem tak cukup untuk potluck di pejabat. Akhirnya, makcik dapatlah bagi sikit pada kakak makcik...
Rabu, 9 Mac 2016
Gerhana Matahari
Apa itu gerhana matahari ?
Gerhana matahari merupakan peristiwa di mana posisi Bulan, Matahari dan Bumi sejajar dan berada pada garis lurus. Saat itu Bulan akan melintas diantara Matahari dan Bumi, untuk beberapa waktu cahaya Matahari ke Bumi akan terhalang bayangan Bulan. Ketika fase total itu terjadi bulan menutupi Matahari, akan tampak corona Matahari akan tampak seperti menjulur dari pinggir bagian yang ditutupi Bulan.
.
Kita bersyukur akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini dan cara terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah menghalakan pandangan ke arah ufuk timur, bermula sebaik sahaja matahari terbit.
Solat Sunat Kusuf
Seharusnya kemunculan fenomena alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan solat sunat, memohon ampun, beristighfar dan berdoa.
Selasa, 8 Mac 2016
Destinasi Percutian
Assalamualaikum semua. Tidak lama lagi musim cuti sekolah penggal pertama akan bermula. Ke mana kita nak bawa anak-kita bercuti ye. Anak cuti sekolah ibu ayah pun cuti sekali. Yayyy...!!
Di sini saya bagi beberapa cadangan destinasi menarik dan lain daripada yang lain untuk bercuti. Antaranya:
1. Sekeping Serendah, Selangor
9. The Carpedia, Paya Rumput, Melaka
Di sini saya bagi beberapa cadangan destinasi menarik dan lain daripada yang lain untuk bercuti. Antaranya:
1. Sekeping Serendah, Selangor
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!
2. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
3. Limastiga, Umbai, Melaka
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
Dan untuk pengetahuan, Limastiga ni sebenarnya terletak di kampung halaman tercinta saya. Tumpang berbangga..Heee..
4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama "MAYA" di Facebook mereka.
5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
6. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.
7. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor
Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.
8. Philea Resort & Spa, Melaka
Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.
9. The Carpedia, Paya Rumput, Melaka
Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!
10. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor
Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharudin berkongsi di Facebook gambar-gambar semasa mereka bercuti di sana.
Jumaat, 4 Mac 2016
Jumaat Penghulu Hari
Alhamdulillah..Salam pagi Jumaat semua..Pagi Jumaat ni seperti biasa rutin makcik dan officemate ada kelas mengaji lagi. Kali ni belajar mengaji surah An-Nas dan surah Al-Falaq. Dapat 2 surah hari ni. Seronok dapat belajar mengaji. Insha-Allah semoga Jumaat akan datang boleh belajar mengaji lagi.
Selepas mengaji, perut ni secara automatiknya berbunyi-bunyi minta diisi.Seperti biasa hari Jumaat pejabat makcik ada buat pot luck. Sikit-sikit lama-lama membukit meja pantry penuh dengan makanan. Menu utama hari ni mee kari. Sedap sungguh air tangan Kak Halimah. Makan semangkuk nak semangkuk lagi. Hari ni mak cik bawa cucur ikan bilis dan bawang. Alhamdulillah..
Rabu, 2 Mac 2016
Bread Maker
Bread Maker
Puas makcik mencari Bread Maker. Perasaan membuak-buak mencari BM kerana donut! Ada BM memudahkan kerja-kerja menguli. BM jenama Tesco pilihan makcik kerana harganya memang berbaloi-baloi berbanding jenama lain. Sekarang harganya RM229.00. Adanya BM ni dapatlah makcik buat donut..doh pizza..roti..bun..bla...blaa...tinggi angan-angan ni..
Sedap ni....!!
ABC & Rojak Buah
Assalam semua..Lama rasanya makcik tak bersiaran.Untuk makluman semua makcik baru pulih dari demam dan cherry berry.Itu yang makcik tak dapat bersiaran.Lemah-lemah badan makcik bila tak sihat.Selera makan pun hilang.Sekarang ni Alhamdulillah.Makcik dah ada selera makan dah.Semalam tekak ni rasa macam nak makan ABC. Makcik pun start enjin terus mencari cik ABC ni..Bila dapat ABC ni nyaman rasanya bila lalu di tekak.Yummmyyyy!!!
1 biji mangga muda
sepotong betik hampir masak
sepotong nenas masak
2 biji jambu air
1/2 biji jambu batu
Kupas kulit kemudian basuh sayur-sayuran dan buah-buahan, toskan. Hiris kesemuanya mengikut citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
5 biji cili kering - goreng tanpa minyak
2 sudu besar kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulit
2 keping kecil belacan bakar
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula pasir
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar air asam pekat
1 sudu besar petis (jika suka)
Letakkan kacang di atas dua helai kertas minyak dan hancur-hancurkannya. Blend cili kering, gula melaka, belacan dan air asam jawa. Masukkan kicap, petis dan kacang dan gaul hingga sebati.
Campurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi ke dalam kuah dan gaulkan rata-rata. Hidang dengan segera.
ABC
Bila dah dapat ABC, tekak ni teringin pula nak makan rojak buah. Ehmmm...sementara ada selera ni makcik layankan saja. Nak buat rojak sebenarnya senang dan ringkas. Perancangan hujung minggu ni bolehlah buat menu rojak nan simple ni. Tapi kali ni makcik beli satu dululah untuk lepaskan keinginan makcik ni.Kecur pulak air liur makcik ni..Hehehe...
Rojak buah
Resepi Rojak Buah:
1/2 biji timun
1/4 biji sengkuang1 biji mangga muda
sepotong betik hampir masak
sepotong nenas masak
2 biji jambu air
1/2 biji jambu batu
Kupas kulit kemudian basuh sayur-sayuran dan buah-buahan, toskan. Hiris kesemuanya mengikut citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
5 biji cili kering - goreng tanpa minyak
2 sudu besar kacang tanah - goreng tanpa minyak dan buang kulit
2 keping kecil belacan bakar
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula pasir
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar air asam pekat
1 sudu besar petis (jika suka)
Letakkan kacang di atas dua helai kertas minyak dan hancur-hancurkannya. Blend cili kering, gula melaka, belacan dan air asam jawa. Masukkan kicap, petis dan kacang dan gaul hingga sebati.
Campurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi ke dalam kuah dan gaulkan rata-rata. Hidang dengan segera.
Nak senang lagi, beli aje kuah rojak petis Mak Bee...ahaksss
Cuba ye jangan tak cuba...
Langgan:
Catatan (Atom)