Assalammualaikum semua..Gambar atas tu dah terperok seminggu dalam genggaman makcik. Nak upload asyiklah tak berkesempatan. Hari ni barulah makcik berkesempatan untuk upload. Pada 11 Mac 2016 makcik pakat-pakat dengan Iris Florist & Arrangement untuk agenda mengejutkan hubby di pejabatnya. Yelah kan..tahun lepas makcik tak dapat nak raikan birthday hubby kerana waktu tu makcik tengah sakit. Sedih sangat bila teringatakan pada 11 Mac 2015. Makcik tersandar saja pada dinding. Air mata tu jangan cakaplah. Bengkak-bengkak mata ni asyik menangis mengenangkan nasib diri. Dan oleh itu, tahun ni makcik memang nak buat kejutan pada hubby. Dia banyak memberikan makcik semangat.Dia yang banyak membantu makcik ketika makcik sakit. Kepada suamiku Shamsudin bin Abdul Hamid, selamat menyambut hari lahir yang ke 39 tahun. "I give thanks for the day I met you and you choose me for your wife.So I hope every birthday spent with me is the best one of your life.I love you"..hehehe..sesekali berjiwang ...
Perasan tak mata hubby makcik tu?Air mata dia dah bertakung...hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan