Isnin, 21 Mac 2016

Maps ke Legoland JB

Assalamualaikum...Hari ni makcik nak berkongsi dengan uols semua peta ke Legoland JB. Kenapa? Sebabnya destinasi ni antara tempat yang anak-anak makcik request untuk pergi. InshaAllah perancangannya pada cuti umum  Bandaraya Melaka Bersejarah pada 15 Mac 2016(Jumaat). Lagipun bulan April ni jatuhnya hari ulangtahun perkahwinan makcik yang ke 14 tahun dan ulangtahun puteri sulung makcik yang ke 13 tahun...
Okkay..ini adalah  peta ke Legoland dari Melaka ke Legoland.

Ke Legoland dari Utara
-Bagi yang datang dari utara seperti KL,Selangor,Melaka dan N9 ambil Lebuhraya Utara Selatan.Terus pandu hingga ke selatan dengan menggunakan lebuhraya utara selatan.
-Korang sebenarnya ada 4 pilihan jalan hubungan untuk ke tempat menarik Legoland Nusajaya ni. Di sini ada senarai pilihan satu-satu yang mana semuanya perlu diakses dengan lebuhraya utara selatan:

Route 1: Exit tol Senai Utara-ikut signboard Nusajaya akan membawa anda ke Legoland(via Second-Link Highway)

Route 2: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk ke interchange Taman Tun Aminah dan ambil Jalan Gelang Patah.

Route 3: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Taman Perling-Pasir Gudang, ikut signboard Nusajaya-Legoland.

Route 4: Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Danga ke Nusajaya/Kota Iskandar-Legoland(via lebuhraya pesisir pantai-kota iskandar)Juga akan melepasi exit Bukit Indah di mana di sini terletaknya perbandaran Pusat Bandar Bukit Indah yang mempunyai Jusco, Tesco dan Giant(3.5km ke Legoland)

Banyak-banyak jalan yang paling mudah ke Legoland bolehlah pilih route 1 di atas iaitu dengan terus ke Legoland Nusajaya atau route 4. Jika hendak ke bandaraya JB dulu bolehlah ambil route 4 sebab cuma 20 minit dribe dari bandaraya JB ke Legoland.

InshaAllah ada rezeki sampailah makcik sekeluarga ke LEGOLAND..Yeeeahhhh....!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan