Jumaat, 11 Mac 2016

Bubur Pulut Hitam

Alhamdulillah. ..selesai pun makcik masak untuk potluck esok.Menu apa?makcik buat desert bubur pulut hitam je.Mengenangkan pulut hitam ni dah lama bertapa dalam kabinet makcik ni.Pulut hitam ni pun makcik kirim dengan kawan yang balik kampung di Kedah tempoh hari.Dah sampai dia nak balik kampung lagi makcik tak usik- usik pulut hitam ni haaa..Dah selalu sangat buat agar-agar,puding dan jeli.Ini kali kita makan desert bubur pulut hitam ye. .makcik buat 2 periuk tu.Sebabnya rumah makcik tak de periuk besar.Yang ada periuk comel-comel belaka.Tu yang jadi 2 periuk tu.Nanti makcik bagi resepi bubur pulut hitam makcik ni okkay...!

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula pasir dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Sebenarnya makcik tak ikut sukatan atas tu. Makcik main agak-agak aje. Kalau buat 1 1/2 cawan pulut hitam tu je kompem tak cukup untuk potluck di pejabat. Akhirnya, makcik dapatlah bagi sikit pada kakak makcik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan