Jumaat, 4 Mac 2016

Jumaat Penghulu Hari


Alhamdulillah..Salam pagi Jumaat semua..Pagi Jumaat ni seperti biasa rutin makcik dan officemate ada kelas mengaji lagi. Kali ni belajar mengaji surah An-Nas dan surah Al-Falaq. Dapat 2 surah hari ni. Seronok dapat belajar mengaji. Insha-Allah semoga Jumaat akan datang boleh belajar mengaji lagi.


Selepas mengaji, perut ni secara automatiknya berbunyi-bunyi minta diisi.Seperti biasa hari Jumaat pejabat makcik ada buat pot luck. Sikit-sikit lama-lama membukit meja pantry penuh dengan makanan. Menu utama hari ni mee kari. Sedap sungguh air tangan Kak Halimah. Makan semangkuk nak semangkuk lagi. Hari ni mak cik bawa cucur ikan bilis dan bawang. Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan